Hari ini 22 januari 2008,saya telah belajar teknologi dan inovasi dalam pengajaran serta lima inisiatif ICT Kementerian Pelajaran. Yang mana pada minggu ini Cik Chin hanya menumpukan kepada sekolah bestari.
Cik Chin memulakan kelas dengan 'slideshow' teknologi dan inovasi dalam pengajaran. Pada awal permulaan kuliah, saya sangat bersemangat. Tetapi pada pertengahan pembelajaran, saya mula berasa mengantuk. Keadaan ini bukan dirasai oleh saya seorang, malah rakan disebelah saya juga begitu.Selain itu, saya juga kurang faham tentang tujuan dan matlamat yang ingin disampaikan oleh pengajar dalam paparan yang di tunjukkan.
Namun, dalam kefahaman yang samar ini, saya masih boleh membuat ringkasan dari kuliah yang disampaikan. Kuliah pada hari ini membincangkan tentang teknologi dalam pengajaran. Teknologi mempunyai lima definisi iaitu:
1- teknologi sebagai objek: Alat, mesin, senjata (iaitu alat fizikal untuk persembahan teknikal) yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu.
2- Teknologi sebagai aktiviti:Iaitu apa yang manusia lakukan seperti kemahiran, kaedah, rutin dan prosedur.
3- Teknologi sebagai satu proses: Iaitu yang bermula dengan keperluan dan berakhir dengan penyelesaian.
4- Teknologi sebagai sistem sosioteknologi: Membuat dan menggunakan objek yang melibatkan manusia dan kombinasi objek lain.
REVIEW
- Pelajar menggunakan teknologi untuk "drill" dan aktiviti latihan.
- Pelajar menggunakan teknologi untuk mencipta bahan seperti "word processing" dan "databasses".
- Pelajar menggunakan teknologi untuk melaksanakan kajian kolaborasi dan berkongsi dalam membincangkan keputusan.
- Pelajar menggunakan teknologi untuk mengkaji alternatif penyelesaian dan andaian.
Teknologi dalam pendidikan berdasarkan kepada impak kerjaya. Majikan mengharapkan pekerja yang:
- Boleh menggunakan teknologi maklumat.
- Pekerja yang boleh mencari maklumat, menganalisis dan boleh menilai maklumat.
- Pekerja yang boleh menyelesaikan masalah dan boleh membuat keputusan sendiri apabila diperlukan.
- Pekerja yang kreatif dan efektif dalam menggunakan alatan produktiviti.
Oleh itu, dalam konteks ini pelajar-pelajar perlu sentiasa mempunyai kesedaran untuk menggunakan masa yang ada untuk mencari seberapa banyak ilmu untuk memenuhi keperluan diatas. Selain itu, pelajar-pelajar juga perlu mempunyai ketrampilan diri yang tinggi bagi menarik perhatian majikan terhadap mereka.
Sehubungan itu, Pada kuliah minggu ini, pengajar juga mengaitkan pengajaran, latihan, pemantauan dan memberi latihan sebagai satu inovasi dalam pendidikan. pengajar juga memberikan definisi kepada aspek-aspek tersebut. Namun, pengajar hanya menekankan kepada aspek 'coaching'. 'Coaching' bermaksud bentuk pengajaran yang sofistikated yang mana memanjangkan tahap kesedaran pelajar dari segi dalaman dan luaran dalam perjalanan mencapai matlamat, menolong pelajar mencapai potensi penuh dan mencapai matlamat dengan cara mendefinisikan matlamat dan menyokong pelajar melalui strategi, menyeimbangkan kerja, keluarga dan kehendak sosial dengan riadah dan aktiviti kerohanian.
Selain itu, pengajar juga menerangkan tiga karekter dalam penyampaian pengajaran:
1- Self-play lecture presentation
. menarik perhatian pada permulaan kuliah
. memastikan impak dipenghujung kuliah
. mempunyai tempoh masa yang tetap
. kandungan yang tersusun (dari soalan senang kepada susah)
. kawalan yang jelas terhadap persepsi pendengar
2- One-way lecture presentation
. menarik perhatian pada permulaan kuliah
. memastikan impak dipenghujung kuliah
. mempunyai tempoh masa yang tidak tetap
. kandungan yang disampaikan disertai dengan contoh-contoh
. mengekalkan perhatian pendengar
3- interactice lecture presentation
. menarik perhatian pada permulaan kuliah
. memastikan impak dipenghujung kuliah
. mempunyai tempoh masa yang tidak tetap
. kandungan yang disampaikan disertai dengan maklumbalas
. mengekalkan rapport pendengar
. memastikan penerimaan maklumat yang maksimum
Kesimpulannya, teknologi dan inovasi sangat penting dalam pendidikan terutama dalam pengajaran guru di abad ke-21 ini. Ini kerana dengan adanya teknologi dan inovasi serta metod pengajaran yang pelbagai, pengajaran akan menjadi lebih mudah dan seterusnya menarik minat pelajar.
Pada kuliah minggu ini, soalan saya ialah:
1- Apakah kaitan antara teknologi dan inovasi dalam pendidikan dengan psikologi dalam pembelajaran?
2- Kenapa 'coaching' penting dalam meningkatkan kesedaran pelajar?
Sehubungan itu, diakhir kuliah, pengajar ada menyentuh sedikit berkaitan sekolah bestari dan konsep sekolah bestari. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan sekolah bestari, pengajar meminta ahli kuliah melayari laman web "http://myschoolnet.ppk.kpm.my". Pengajar meminta ahli kuliah melihat dengan lebih jelas input sekolah bestari, courseware dan faktor kejayaan sekolah bestari. Untuk memudahkan kami melayari laman web ini, pengajar telah membuat "link" didalam yahoogroup. Dengan cara ini ia telah memudahkan kami untuk melayari laman web ini pada masa akan datang.
Ini sahaja buat minggu ini. Terima kasih.
Monday, January 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment