Alhamdulillah...akhirnya dapat saya menyambung blog yang tergendala ini. Pada minggu ini, saya belajar berkaitan lima inisiatif ICT Kementerian Pelajaran Malaysia. Namun, pada kuliah minggu ini hanya diterangkan berkaitan sekolah bestari dan konsep sekolah bestari.
Definisi Pembestarian Sekolah ialah satu proses untuk mencapai matlamat pendidikan negara dan membantu murid menghadapi era teknologi maklumat melalui:
a-Pembekalan infrastruktur ICT ke sekolah
b-Keupayaan guru mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran; dan
c-Pentadbir sekolah berupaya menggunakan sistem pengurusan berkomputer untuk meningkatkan proses pentadbiran.
Ciri-Ciri Sekolah Bestari
a-Pembelajaran Kendiri Berasaskan ICT
b-Sistem Pengurusan Sekolah Berbantukan ICT
c-Persekitaran yang Kondusif bagi Pembelajaran
d-Pentadbir dan Guru yang Profesional
e-Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
f-Pentaksiran yang Berterusan bagi Menyokong Pengajaran dan Pembelajaran
g-Penglibatan serta Sokongan Tinggi daripada Ibu Bapa dan Komuniti
Komponen utama Sekolah Bestari Malaysia:
1- Pengajaran dan pembelajaran
Proses berkaitan dengan kurikulum, pedagogi, pentaksiran dan bahan pengajaran-pembelajaran direka semula untuk membantu murid belajar dengan berkesan.
2- Pengurusan dan Pentadbiran
Perisian pengurusan membantu pengurus sekolah mengurus dengan cekap dan berkesan sumber dan proses yang diperlukan untuk menyokong fungsi pengajaran-pembelajaran.
3- Sumber Manusia, Kemahiran dan tanggungjawab
Ibu bapa, komuniti dan pihak swasta memainkan peranan dalam meningkatkan profesionalisme berkaitan dengan pengurusan sekolah, pengajaran-pembelajaran.
4- Proses
Proses Sekolah Bestari dianggap sebagai suatu sistem. Proses Sekolah Bestari dikaji untuk memastikan sistem dibekalkan dengan input yang tepat dan berfungsi untuk menghasilkan output dikehendaki.
5- Teknologi
Teknologi digunakan sebagai pengupaya kepada amalan Sekolah Bestari seperti pengajaran-pembelajaran, pengurusan dan perhubungan dengan pihak luar.
6- Dasar
Dasar untuk memastikan kejayaan pelaksanaan Sekolah Bestari, dasar dan peraturan yang sedia ada perlu diubah.
Objektif Sekolah Bestari:
a-Menghasilkan tenaga kerja yang berpemikiran dan celik teknologi
b-Meningkatkan penyertaan pihak yang berkepentingan
c-Mendemokrasikan pendidikan
d-Memupuk perkembangan menyeluruh individu
e-Memberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan individu
Dalam kuliah ini juga ada diterangkan mengenai perisian kursus sedia ada iaitu courseware. Didalam courseware terdapat Sekolah Bestari, Pelbagai Multimedia Interaktif, TV Pendidikan dan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Selain itu, saya juga telah mengetahui kursus-kursus yang diberikan kepada guru-guru seperti bimbingan dan latihan iaitu wetware. Didalam wetware terdapat Latihan Bahagian Pendidikan Guru (BPG):205,830 orang, Sekolah Bestari :3,692 orang, TV Pendidikan:1,200 orang dan Latihan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI):104,000 orang. Didalam senarai wetware tadi ada ditunjukkan bilangan guru yang telah diberikan bimbingan dan latihan oleh kementerian Pelajaran Malaysia.
Inilah sedikit sebanyak maklumat berkaitan sekolah bestari yang dapat saya kongsi bersama rakan-rakan yang melawat blog saya ini. Saya rasa selesa dan boleh bertenang setelah dapat menyiapkan blog untuk kuliah minggu ini. Untuk makluman rakan-rakan semua, maklumat berkaitan sekolah bestari ini boleh diperolehi dengan melayari laman web http://myschoolnet.ppk.kpm.my/. Selepas itu, rakan-rakan boleh 'click' kepada sekolah bestari. InsyaAllah...segala maklumat yang rakan-rakan inginkan ada tertera di laman web ini.
Akhirkata untuk minggu ini, selamat mencuba dan selamat belajar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment