Saturday, March 22, 2008

Interactive White Board (IWB)



11 mac 2008, minggu ini saya belajar berkaitan interactive white board (IWB). Kelas minggu ini berlangsung di Makmal 2, Menara Pendidikan. Semua pelajar DPLI berkumpul disini. Tenaga pengajar jemputan adalah Cik Fenny. Beliau mempunyai banyak pengalaman dalam mengendalikan IWB.Ini terbukti semasa beliau mengendalikan kelas ini.

Banyak yang saya belajar berkaitan IWB minggu ini. Sangat menarik sekali. Disebabkan saya tidak pernah mengetahui berkaitan IWB sebelum ini, jadi saya sangat takjub dan rasa pelik. Tapi bila difikirkan balik semuanya kerana teknologi. Semuanya telah diprogramkan. Allah juga yang Maha Mengetahui Segala Yang Dilangit dan Dibumi.

Sebelum seseorang mahu mengguanakan program IWB ini. Seseorang itu perlu install program terlebih dahulu supaya mudah untuk membuat kerja kemudian hari. Tidaklah asyik nak pergi ke makmal komputer je. Apabila sudah install program ini, guru mudah untuk membuat persiapan rancangan pengajaran menggunakan IWB dirumah.IWB ini penggunaannya seperti program Powerpoint, cuma ia banyak 'ikon-ikon' lain yang boleh menarik minat pelajar untuk mengenalinya.
IWB memerlukan tiga alat utama untuk memulakannya iaitu smartboard, komputer dan projektor. USB panel digunakan untuk menyambungkan smartboard ke CPU. Manakala VGA panel pula untuk menyambungkan projektor kepada CPU.

Smartboard mempunyai 'pen tray'dan monitor (board). Apabila kita menggunakan pen, maka smartboard adalah berada dalam 'writing mode'. apabila pen diletakkan semula ke dalam 'pen tray' secara automatik 'board' akan berada dalam 'mouse mode'. Sensor adalah datang dari pen tray.Begitu juga jika kita mengambil pemadam, 'board akan berada dalam mode pemadam dan sebagainya.

Kita boleh menulis dengan menggunakan pen, jari atau apa sahaja jika pen hilang dari tray. Tulisan tangan juga boleh dijadikan teks dan mempunyai fungsi yang sama dengan tulisan teks. Tulisan atau bentuk mempunyai tiga fungsi utama iaitu:
  • ia boleh dibesarkan
  • ia boleh 'rotate'
  • ia boleh ditukar sama ada 'lock in place', grouping, cut, paste, delate, clone, order dan properties (berfungsi untuk tukar warna dan font)
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan dengan menggunakan dengan IWB. Tulis satu perkataan kemudia 'click' kanan dan pilih 'grouping'. Perkataan itu akan menjadi 1 huruf yang berlainan. Kemudian setiap huruf itu 'click kanan dan pilih 'infinate cloner' untuk huruf itu boleh ditarik-tarik menjadi perkataan lain. Contohnya:
  • aeroplane- lane, plane, rope dan sebagainya.
Penggunaan 'gallery'. Ia boleh menyimpan gambar dan hand writing. Dalam 'gallery' banyak gambar-gambar yang boleh digunakan oleh guru dalam aktiviti IWB. Dalam 'gallery' ini juga terdapat gambar-gambar yang mempunyai bunyi dan boleh bergerak. Ini kerana pelajar suka kepada bunyi dan pergerakan.

Antara aktiviti yang boleh dibuat menggunakan IWB ialah buat soalan dan simpan jawapan untuk bagi jawapan tersembunyi. Kita perlu lock in place dahuluperkataan atau gambar. Ini untuk gambar itu tidak boleh bergerak lagi atau hilang semasa dipadam. Kemudian click pada 'pen function' dan pilih warna yang sama dengan 'background' dan tindih diatas perkataan atau gambar tadi. Jadi sekarang jawapan telah tersembunyi. Kemudian ambil pemadam dan padam atas jawapan tadi supaya ia timbul kembali. Magic kan?huhu



Sebenarnya banyak lagi yang kita boleh lakukan dengan menggunakan IWB. Kita perlu meneroka program ini dengan mendalam supaya kita mudah untuk menggunakannya dan pelajar juga tidak akan bosan dengan aktiviti yang sama.


Setelah saya belajar IWB pada minggu ini. Kami pelajar DPLI telah ditugaskan untuk menyiapkan tugasan menggunakan program IWB yang mempunyai sekurang-kurangnya 5 'slide' aktiviti. Dalam 'slide' tersebut perlu dinyatakan:
  • kelas
  • masa
  • hasil pembelajaran
  • rasional memilih aktiviti
  • pengetahuan sedia ada


Terimalah lagu ini sebagai kenangan bersama saya. Ingat daku dalam doamu.

Hujan:bila aku sudah tiada

Friday, February 22, 2008

TV Pendidikan


Alhamdulillah...akhirnya dapat saya menyambung semula blog yang telah tergendala untuk beberapa minggu ini.Ini kerana banyak tugasan yang memerlukan saya mengorbankan masa untuk menyiapkannya dalam masa yang agak singkat.

Pada 19 Febuari yang lalu, saya telah belajar berkaitan TV Pendidikan. Banyak maklumat yang saya peroleh dari penerangan Cik Chin. Kelas minggu ini berlangsung di Makmal 2, Menara Pendidikan. Cik Chin menggantikan Prof. Saedah dan kami gabung kelas dengan kelas Prof.

I jam pertama, Cik Chin menerangkan berkaitan laman web TV Pendidikan. Alamat laman ini ialah http://tvp.moe.edu.my/
Laman web ini berguna kepada guru-guru dan bakal guru. Ia di bina untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran guru.

Laman web ini sangat menarik kerana dibina agak baik dengan memasukkan elemen tayangan video yang berkaitan tajuk pengajaran sesuatu topik. Dengan ini, pelajar mudah memahami dan menghayati pengajaran dan intipati sesuatu tajuk pembelajaran.

Webtv TV Pendidikan merupakan sebuah portal yang memberikan maklumat tentang jadual tayangan dan streaming Rancangan TV Pendidikan untuk kegunaan para guru yang sentiasa memerlukan bahan-bahan rujukan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Streaming video rancangan-rancangan TV Pendidikan terbahagi kepada dua iaitu:
- Rancangan kurikulum
- Rancangan bukan kurikulum

Streaming video rancangan tv pendidikan ini berkaitan rancangan-rancangan diterbitkan oleh Penerbit TV Pendidikan. Rancangan-rancangannya meliputi mata pelajaran yang diajar di Sekolah rendah dan Sekolah Menengah. Conothnya, mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Teknik dan Vokasional, Pendidikan Islam, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi dan Pendidikan Moral.

Di laman ini juga, guru-guru boleh muat turun jadual waktu Rancangan TVp dan jadual tahunan TV Pendidikan. Jadual ini adalah untuk memudahkan guru mengenalpasti masa dan tarikh rancangan sesuatu topik itu ditayangkan.

Sebagai contoh, Cik Chin membuat tayangan video mata pelajaran Pendidikan Islam untuk tontonan kami.

Selepas mendapat input berkaitan TV Pendidikan, kumpulan dibawah CikChin membuat pembentangan tugasan berkaitan "Promosi Makmal Komputer Sekolah". Pada hari ini, kumpulan saya membuat pembentangan tugasan. Lega rasanya setelah siap satu daripada tugasan yang banyak...hehe...

Rasa tak larat nak buat tugasan. Semuanya memerlukan pengorbanan. Minggu ini Cik Chin memberi satu lagi tugasan kumpulan berkaitan rancangan pengajaran harian "micro teaching". Minggu depan dah nak kena submit. Biasalah...kalau kumpulan awal mesti kena bentang dulu...jadi terpaksalah berkorban lagi...Rasa macam nak buat sajak pengorbanan seorang bakal guru haha...akan difikirkan idea ni.Kalau ada ilham lebih akan tersuratlah satu sajak yang sangat menyayat hati huhu...

Da merepek-repek plak ni. Setakat ni je la dulu. Lain kali tulis lagi. Thank You very much Cik Chin...U r da Best!

Dibawah ini saya sertakan video yang boleh digunakan oleh guru sebagai bahan pengajaran dalam Tilawah Al-Quran. Sebenarnya upload video ini baru je saya belajar, huhu... saya menngunakan teknik 'embed' daripada youtube.



Saya juga mempelajari bagaimana menggunakan laman http://www.imageshack.us/ untuk menguruskan gambar.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

QuickPost Quickpost this image to Myspace, Digg, Facebook, and others!

Saturday, February 2, 2008

minggu ke-4 kuliah


Hari ni saje nak test upload gambar.
Sukanya dapat upload gambar.Tak sangka mudah je. Dah ada gambar baru rasa cantik sikit blog ni. Cantik tak? hehe



Minggu ni kuliah tentang ETEMS atau PPSMI iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Ini adalah salah satu daripada lima inisiatif ICT Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat mengenai PPSMI boleh didapati di laman web http://www.tutor.com.my/tutor/etems/ . Laman web ini membolehkan guru-guru menggunakan bahan-bahan yang disediakan sebagai media pengajaran. Macam nilah laman webnya...Kalau paparan lain dari yang ini, maknanya bukan la tu.

Daripada laman web ini, anda boleh mencari analisa soalan matematik dan sains secara online. Dengan cara ini, ia boleh memudahkan proses pencarian maklumat. Jika dulu, kita terpaksa membeli buku dan sebagainya untuk mendapatkan analisa soalan, kini ianya hanya dihujung jari anda sahaja. Selain itu, anda juga boleh mencari lembaran kerja atau bank soalan. Terdapat banyak soalan-soalan yang disediakan untuk panduan guru-guru di sekolah. http://http://www.tutor.com.my/tutor/etems/index.asp?sec=secondary&sub=modul1&pg=2&sp=2

Sehubungan itu, guru-guru yang mengajar subjek Matematik dan Sains akan dihantar ke ETEMS untuk menjalani latihan dan kursus berkaitan penggunaan bahan-bahan pengajaran interaktif di sekolah dari semasa ke semasa. Perlaksanaan program Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris menggunakan perkakasan ICT dan dibekalkan dengan CD pengajaran. Setiap sekolah dibekalkan lima set CD pengajaran.

Selain itu, kuliah minggu ini juga menyentuh tentang Model P & P. Dalam ruangan ini, terdapat penerangan ringkas tentang pelbagai teori serta model amalan pengajaran dan pembelajaran terkini seperti Teori Pelbagai Kecerdasan (Multiple Intelligences), model gaya pembelajaran, pembelajaran koperatif/kolaboratif, pembelajaran kecerdasan otak dan lain-lain. Segala maklumat berkaitan Model P & P ini, boleh didapati di laman web http://myschoolnet.ppk.kpm.my/index.htm.

Anda juga boleh mendapat maklumat berkaitan Modul Pembelajaran Masteri di laman web ini.Selain guru, murid-murid juga boleh menggunakan laman web ini untuk membuat tutorial matematik secara online. Tutorial ini boleh juga digunakan di sekolah. Murid-murid mesti menyukainya. Guru-guru boleh membuat sesi kuiz menggunakan laman ini. Dengan adanya pengajaran interaktif ini, murid-murid mudah mengakses maklumat dan membuat latihan di rumah. Seterusya dapat meningkatkan lagi pencapaian mereka dalam pembelajaran. Disamping itu, guru-guru juga boleh mengakses rancangan mengajar tahunan sebagai panduan mereka dalam menyediakan rancangan mengajar. Dengan cara ini, guru-guru dapat menyediakan rancangan mengajar yang baik dan berkesan.
http://http://www.tutor.com.my/tutor/daily/eharian_07.asp?h=70411&e=SPM&s=MAT&ft=FTN
http://http://www.tutor.com.my/tutor/content.asp?e=SPM&s=SCI&i=BS
http://http://www.tutor.com.my/tutor/contentrm.asp

Emm...banyak lagi rasenye nak tulis ni. Tapi tidak perlulah saya berceloteh panjang-panjang disini, kerana anda sendiri boleh mengaksesnya untuk maklumat yang lebih terperinci. Akhir kata, selamat meneroka lautan informasi dan sehingga berjumpa lagi.

Link:http://www.tutor.com.my/etems
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/index.htm.












Monday, January 28, 2008

Kuliah Minggu ke-3 ( lima inisiatif ICT KPM)

Alhamdulillah...akhirnya dapat saya menyambung blog yang tergendala ini. Pada minggu ini, saya belajar berkaitan lima inisiatif ICT Kementerian Pelajaran Malaysia. Namun, pada kuliah minggu ini hanya diterangkan berkaitan sekolah bestari dan konsep sekolah bestari.
Definisi Pembestarian Sekolah ialah satu proses untuk mencapai matlamat pendidikan negara dan membantu murid menghadapi era teknologi maklumat melalui:
a-Pembekalan infrastruktur ICT ke sekolah
b-Keupayaan guru mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran; dan
c-Pentadbir sekolah berupaya menggunakan sistem pengurusan berkomputer untuk meningkatkan proses pentadbiran.
Ciri-Ciri Sekolah Bestari
a-Pembelajaran Kendiri Berasaskan ICT
b-Sistem Pengurusan Sekolah Berbantukan ICT
c-Persekitaran yang Kondusif bagi Pembelajaran
d-Pentadbir dan Guru yang Profesional
e-Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
f-Pentaksiran yang Berterusan bagi Menyokong Pengajaran dan Pembelajaran
g-Penglibatan serta Sokongan Tinggi daripada Ibu Bapa dan Komuniti

Komponen utama Sekolah Bestari Malaysia:
1- Pengajaran dan pembelajaran
Proses berkaitan dengan kurikulum, pedagogi, pentaksiran dan bahan pengajaran-pembelajaran direka semula untuk membantu murid belajar dengan berkesan.
2- Pengurusan dan Pentadbiran
Perisian pengurusan membantu pengurus sekolah mengurus dengan cekap dan berkesan sumber dan proses yang diperlukan untuk menyokong fungsi pengajaran-pembelajaran.
3- Sumber Manusia, Kemahiran dan tanggungjawab
Ibu bapa, komuniti dan pihak swasta memainkan peranan dalam meningkatkan profesionalisme berkaitan dengan pengurusan sekolah, pengajaran-pembelajaran.
4- Proses
Proses Sekolah Bestari dianggap sebagai suatu sistem. Proses Sekolah Bestari dikaji untuk memastikan sistem dibekalkan dengan input yang tepat dan berfungsi untuk menghasilkan output dikehendaki.
5- Teknologi
Teknologi digunakan sebagai pengupaya kepada amalan Sekolah Bestari seperti pengajaran-pembelajaran, pengurusan dan perhubungan dengan pihak luar.
6- Dasar
Dasar untuk memastikan kejayaan pelaksanaan Sekolah Bestari, dasar dan peraturan yang sedia ada perlu diubah.

Objektif Sekolah Bestari:
a-Menghasilkan tenaga kerja yang berpemikiran dan celik teknologi
b-Meningkatkan penyertaan pihak yang berkepentingan
c-Mendemokrasikan pendidikan
d-Memupuk perkembangan menyeluruh individu
e-Memberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan individu

Dalam kuliah ini juga ada diterangkan mengenai perisian kursus sedia ada iaitu courseware. Didalam courseware terdapat Sekolah Bestari, Pelbagai Multimedia Interaktif, TV Pendidikan dan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Selain itu, saya juga telah mengetahui kursus-kursus yang diberikan kepada guru-guru seperti bimbingan dan latihan iaitu wetware. Didalam wetware terdapat Latihan Bahagian Pendidikan Guru (BPG):205,830 orang, Sekolah Bestari :3,692 orang, TV Pendidikan:1,200 orang dan Latihan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI):104,000 orang. Didalam senarai wetware tadi ada ditunjukkan bilangan guru yang telah diberikan bimbingan dan latihan oleh kementerian Pelajaran Malaysia.

Inilah sedikit sebanyak maklumat berkaitan sekolah bestari yang dapat saya kongsi bersama rakan-rakan yang melawat blog saya ini. Saya rasa selesa dan boleh bertenang setelah dapat menyiapkan blog untuk kuliah minggu ini. Untuk makluman rakan-rakan semua, maklumat berkaitan sekolah bestari ini boleh diperolehi dengan melayari laman web http://myschoolnet.ppk.kpm.my/. Selepas itu, rakan-rakan boleh 'click' kepada sekolah bestari. InsyaAllah...segala maklumat yang rakan-rakan inginkan ada tertera di laman web ini.

Akhirkata untuk minggu ini, selamat mencuba dan selamat belajar.

TODAY'S HIGHLIGHT

Hari ini 22 januari 2008,saya telah belajar teknologi dan inovasi dalam pengajaran serta lima inisiatif ICT Kementerian Pelajaran. Yang mana pada minggu ini Cik Chin hanya menumpukan kepada sekolah bestari.
Cik Chin memulakan kelas dengan 'slideshow' teknologi dan inovasi dalam pengajaran. Pada awal permulaan kuliah, saya sangat bersemangat. Tetapi pada pertengahan pembelajaran, saya mula berasa mengantuk. Keadaan ini bukan dirasai oleh saya seorang, malah rakan disebelah saya juga begitu.Selain itu, saya juga kurang faham tentang tujuan dan matlamat yang ingin disampaikan oleh pengajar dalam paparan yang di tunjukkan.
Namun, dalam kefahaman yang samar ini, saya masih boleh membuat ringkasan dari kuliah yang disampaikan. Kuliah pada hari ini membincangkan tentang teknologi dalam pengajaran. Teknologi mempunyai lima definisi iaitu:
1- teknologi sebagai objek: Alat, mesin, senjata (iaitu alat fizikal untuk persembahan teknikal) yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu.
2- Teknologi sebagai aktiviti:Iaitu apa yang manusia lakukan seperti kemahiran, kaedah, rutin dan prosedur.
3- Teknologi sebagai satu proses: Iaitu yang bermula dengan keperluan dan berakhir dengan penyelesaian.
4- Teknologi sebagai sistem sosioteknologi: Membuat dan menggunakan objek yang melibatkan manusia dan kombinasi objek lain.

REVIEW
- Pelajar menggunakan teknologi untuk "drill" dan aktiviti latihan.
- Pelajar menggunakan teknologi untuk mencipta bahan seperti "word processing" dan "databasses".
- Pelajar menggunakan teknologi untuk melaksanakan kajian kolaborasi dan berkongsi dalam membincangkan keputusan.
- Pelajar menggunakan teknologi untuk mengkaji alternatif penyelesaian dan andaian.

Teknologi dalam pendidikan berdasarkan kepada impak kerjaya. Majikan mengharapkan pekerja yang:
- Boleh menggunakan teknologi maklumat.
- Pekerja yang boleh mencari maklumat, menganalisis dan boleh menilai maklumat.
- Pekerja yang boleh menyelesaikan masalah dan boleh membuat keputusan sendiri apabila diperlukan.
- Pekerja yang kreatif dan efektif dalam menggunakan alatan produktiviti.
Oleh itu, dalam konteks ini pelajar-pelajar perlu sentiasa mempunyai kesedaran untuk menggunakan masa yang ada untuk mencari seberapa banyak ilmu untuk memenuhi keperluan diatas. Selain itu, pelajar-pelajar juga perlu mempunyai ketrampilan diri yang tinggi bagi menarik perhatian majikan terhadap mereka.

Sehubungan itu, Pada kuliah minggu ini, pengajar juga mengaitkan pengajaran, latihan, pemantauan dan memberi latihan sebagai satu inovasi dalam pendidikan. pengajar juga memberikan definisi kepada aspek-aspek tersebut. Namun, pengajar hanya menekankan kepada aspek 'coaching'. 'Coaching' bermaksud bentuk pengajaran yang sofistikated yang mana memanjangkan tahap kesedaran pelajar dari segi dalaman dan luaran dalam perjalanan mencapai matlamat, menolong pelajar mencapai potensi penuh dan mencapai matlamat dengan cara mendefinisikan matlamat dan menyokong pelajar melalui strategi, menyeimbangkan kerja, keluarga dan kehendak sosial dengan riadah dan aktiviti kerohanian.

Selain itu, pengajar juga menerangkan tiga karekter dalam penyampaian pengajaran:
1- Self-play lecture presentation
. menarik perhatian pada permulaan kuliah
. memastikan impak dipenghujung kuliah
. mempunyai tempoh masa yang tetap
. kandungan yang tersusun (dari soalan senang kepada susah)
. kawalan yang jelas terhadap persepsi pendengar

2- One-way lecture presentation
. menarik perhatian pada permulaan kuliah
. memastikan impak dipenghujung kuliah
. mempunyai tempoh masa yang tidak tetap
. kandungan yang disampaikan disertai dengan contoh-contoh
. mengekalkan perhatian pendengar

3- interactice lecture presentation
. menarik perhatian pada permulaan kuliah
. memastikan impak dipenghujung kuliah
. mempunyai tempoh masa yang tidak tetap
. kandungan yang disampaikan disertai dengan maklumbalas
. mengekalkan rapport pendengar
. memastikan penerimaan maklumat yang maksimum

Kesimpulannya, teknologi dan inovasi sangat penting dalam pendidikan terutama dalam pengajaran guru di abad ke-21 ini. Ini kerana dengan adanya teknologi dan inovasi serta metod pengajaran yang pelbagai, pengajaran akan menjadi lebih mudah dan seterusnya menarik minat pelajar.

Pada kuliah minggu ini, soalan saya ialah:
1- Apakah kaitan antara teknologi dan inovasi dalam pendidikan dengan psikologi dalam pembelajaran?
2- Kenapa 'coaching' penting dalam meningkatkan kesedaran pelajar?

Sehubungan itu, diakhir kuliah, pengajar ada menyentuh sedikit berkaitan sekolah bestari dan konsep sekolah bestari. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan sekolah bestari, pengajar meminta ahli kuliah melayari laman web "http://myschoolnet.ppk.kpm.my". Pengajar meminta ahli kuliah melihat dengan lebih jelas input sekolah bestari, courseware dan faktor kejayaan sekolah bestari. Untuk memudahkan kami melayari laman web ini, pengajar telah membuat "link" didalam yahoogroup. Dengan cara ini ia telah memudahkan kami untuk melayari laman web ini pada masa akan datang.

Ini sahaja buat minggu ini. Terima kasih.

Monday, January 14, 2008

my first blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya belajar cara untuk menyertai kumpulan yahoo Diploma Pendidikan dan cara membuat blog.Saya sangat teruja untuk mencipta blog saya sendiri. Bagi saya kelas ini sangat menarik. Pada awalnya,memang ada masalah.Tetapi dengan bantuan Cik Chin, Cik umi, Dr Saedah dan rakan-rakan sekuliah.Masalah ini dapat diatasi.

Pada awal pagi, kelas saya yang seramai 65 orang dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan akan mengikut pensyarah masing-masing. Saya mengikut Cik Chin ke bilik makmal multimedia di blok A tingkat 3 Fakulti Pendidikan. Di dalam kuliah hari ini, Cik Chin mengajar kami menyertai ( yahoo group). Seterusnya, mengajar kami bagaimana untuk download file, data base dan add record. Seterusnya, Cik Chin mengajar bagaimana untuk sign in blogspot.

Mencipta blog sebenarnya mudah sahaja. Pertama, anda mesti mempunyai email google. Seterusnya, anda taip http://www.blogger.com/www.blogspot.com. Selepas itu, paparan akan keluar (create a blog in 3 easy steps):
1- create an account
2- name your blog
3- choose a template
Dan anda click pada create your blog now. Paparan akan keluar ( create a google account), anda perlu mengisi semua maklumat yang diperlukan untuk mencipta akaun email anda. Dan tekan ( continue ). Selepas itu, pilih setting untuk blog anda dan tekan continue.kemudian,paparan akan keluar posting now. Jika anda ingin menghantar sesuatu kepada rakan-rakan anda. Boleh lah posting dalam blog ini. Setelah menulis di dalam blog anda, anda perlu tekan butang ( post options) supaya segala yang anda tulis dapat dibaca oleh rakan-rakan anda. Sekarang,anda telah mempunyai blog sendiri.Mudah kan?

Jika anda ingin memberi komen atau ingin menambah mana-mana yang saya tertinggal, boleh la menghantar di blog ini.

Terima kasih.