Monday, January 28, 2008

Kuliah Minggu ke-3 ( lima inisiatif ICT KPM)

Alhamdulillah...akhirnya dapat saya menyambung blog yang tergendala ini. Pada minggu ini, saya belajar berkaitan lima inisiatif ICT Kementerian Pelajaran Malaysia. Namun, pada kuliah minggu ini hanya diterangkan berkaitan sekolah bestari dan konsep sekolah bestari.
Definisi Pembestarian Sekolah ialah satu proses untuk mencapai matlamat pendidikan negara dan membantu murid menghadapi era teknologi maklumat melalui:
a-Pembekalan infrastruktur ICT ke sekolah
b-Keupayaan guru mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran; dan
c-Pentadbir sekolah berupaya menggunakan sistem pengurusan berkomputer untuk meningkatkan proses pentadbiran.
Ciri-Ciri Sekolah Bestari
a-Pembelajaran Kendiri Berasaskan ICT
b-Sistem Pengurusan Sekolah Berbantukan ICT
c-Persekitaran yang Kondusif bagi Pembelajaran
d-Pentadbir dan Guru yang Profesional
e-Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
f-Pentaksiran yang Berterusan bagi Menyokong Pengajaran dan Pembelajaran
g-Penglibatan serta Sokongan Tinggi daripada Ibu Bapa dan Komuniti

Komponen utama Sekolah Bestari Malaysia:
1- Pengajaran dan pembelajaran
Proses berkaitan dengan kurikulum, pedagogi, pentaksiran dan bahan pengajaran-pembelajaran direka semula untuk membantu murid belajar dengan berkesan.
2- Pengurusan dan Pentadbiran
Perisian pengurusan membantu pengurus sekolah mengurus dengan cekap dan berkesan sumber dan proses yang diperlukan untuk menyokong fungsi pengajaran-pembelajaran.
3- Sumber Manusia, Kemahiran dan tanggungjawab
Ibu bapa, komuniti dan pihak swasta memainkan peranan dalam meningkatkan profesionalisme berkaitan dengan pengurusan sekolah, pengajaran-pembelajaran.
4- Proses
Proses Sekolah Bestari dianggap sebagai suatu sistem. Proses Sekolah Bestari dikaji untuk memastikan sistem dibekalkan dengan input yang tepat dan berfungsi untuk menghasilkan output dikehendaki.
5- Teknologi
Teknologi digunakan sebagai pengupaya kepada amalan Sekolah Bestari seperti pengajaran-pembelajaran, pengurusan dan perhubungan dengan pihak luar.
6- Dasar
Dasar untuk memastikan kejayaan pelaksanaan Sekolah Bestari, dasar dan peraturan yang sedia ada perlu diubah.

Objektif Sekolah Bestari:
a-Menghasilkan tenaga kerja yang berpemikiran dan celik teknologi
b-Meningkatkan penyertaan pihak yang berkepentingan
c-Mendemokrasikan pendidikan
d-Memupuk perkembangan menyeluruh individu
e-Memberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan individu

Dalam kuliah ini juga ada diterangkan mengenai perisian kursus sedia ada iaitu courseware. Didalam courseware terdapat Sekolah Bestari, Pelbagai Multimedia Interaktif, TV Pendidikan dan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Selain itu, saya juga telah mengetahui kursus-kursus yang diberikan kepada guru-guru seperti bimbingan dan latihan iaitu wetware. Didalam wetware terdapat Latihan Bahagian Pendidikan Guru (BPG):205,830 orang, Sekolah Bestari :3,692 orang, TV Pendidikan:1,200 orang dan Latihan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI):104,000 orang. Didalam senarai wetware tadi ada ditunjukkan bilangan guru yang telah diberikan bimbingan dan latihan oleh kementerian Pelajaran Malaysia.

Inilah sedikit sebanyak maklumat berkaitan sekolah bestari yang dapat saya kongsi bersama rakan-rakan yang melawat blog saya ini. Saya rasa selesa dan boleh bertenang setelah dapat menyiapkan blog untuk kuliah minggu ini. Untuk makluman rakan-rakan semua, maklumat berkaitan sekolah bestari ini boleh diperolehi dengan melayari laman web http://myschoolnet.ppk.kpm.my/. Selepas itu, rakan-rakan boleh 'click' kepada sekolah bestari. InsyaAllah...segala maklumat yang rakan-rakan inginkan ada tertera di laman web ini.

Akhirkata untuk minggu ini, selamat mencuba dan selamat belajar.

TODAY'S HIGHLIGHT

Hari ini 22 januari 2008,saya telah belajar teknologi dan inovasi dalam pengajaran serta lima inisiatif ICT Kementerian Pelajaran. Yang mana pada minggu ini Cik Chin hanya menumpukan kepada sekolah bestari.
Cik Chin memulakan kelas dengan 'slideshow' teknologi dan inovasi dalam pengajaran. Pada awal permulaan kuliah, saya sangat bersemangat. Tetapi pada pertengahan pembelajaran, saya mula berasa mengantuk. Keadaan ini bukan dirasai oleh saya seorang, malah rakan disebelah saya juga begitu.Selain itu, saya juga kurang faham tentang tujuan dan matlamat yang ingin disampaikan oleh pengajar dalam paparan yang di tunjukkan.
Namun, dalam kefahaman yang samar ini, saya masih boleh membuat ringkasan dari kuliah yang disampaikan. Kuliah pada hari ini membincangkan tentang teknologi dalam pengajaran. Teknologi mempunyai lima definisi iaitu:
1- teknologi sebagai objek: Alat, mesin, senjata (iaitu alat fizikal untuk persembahan teknikal) yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu.
2- Teknologi sebagai aktiviti:Iaitu apa yang manusia lakukan seperti kemahiran, kaedah, rutin dan prosedur.
3- Teknologi sebagai satu proses: Iaitu yang bermula dengan keperluan dan berakhir dengan penyelesaian.
4- Teknologi sebagai sistem sosioteknologi: Membuat dan menggunakan objek yang melibatkan manusia dan kombinasi objek lain.

REVIEW
- Pelajar menggunakan teknologi untuk "drill" dan aktiviti latihan.
- Pelajar menggunakan teknologi untuk mencipta bahan seperti "word processing" dan "databasses".
- Pelajar menggunakan teknologi untuk melaksanakan kajian kolaborasi dan berkongsi dalam membincangkan keputusan.
- Pelajar menggunakan teknologi untuk mengkaji alternatif penyelesaian dan andaian.

Teknologi dalam pendidikan berdasarkan kepada impak kerjaya. Majikan mengharapkan pekerja yang:
- Boleh menggunakan teknologi maklumat.
- Pekerja yang boleh mencari maklumat, menganalisis dan boleh menilai maklumat.
- Pekerja yang boleh menyelesaikan masalah dan boleh membuat keputusan sendiri apabila diperlukan.
- Pekerja yang kreatif dan efektif dalam menggunakan alatan produktiviti.
Oleh itu, dalam konteks ini pelajar-pelajar perlu sentiasa mempunyai kesedaran untuk menggunakan masa yang ada untuk mencari seberapa banyak ilmu untuk memenuhi keperluan diatas. Selain itu, pelajar-pelajar juga perlu mempunyai ketrampilan diri yang tinggi bagi menarik perhatian majikan terhadap mereka.

Sehubungan itu, Pada kuliah minggu ini, pengajar juga mengaitkan pengajaran, latihan, pemantauan dan memberi latihan sebagai satu inovasi dalam pendidikan. pengajar juga memberikan definisi kepada aspek-aspek tersebut. Namun, pengajar hanya menekankan kepada aspek 'coaching'. 'Coaching' bermaksud bentuk pengajaran yang sofistikated yang mana memanjangkan tahap kesedaran pelajar dari segi dalaman dan luaran dalam perjalanan mencapai matlamat, menolong pelajar mencapai potensi penuh dan mencapai matlamat dengan cara mendefinisikan matlamat dan menyokong pelajar melalui strategi, menyeimbangkan kerja, keluarga dan kehendak sosial dengan riadah dan aktiviti kerohanian.

Selain itu, pengajar juga menerangkan tiga karekter dalam penyampaian pengajaran:
1- Self-play lecture presentation
. menarik perhatian pada permulaan kuliah
. memastikan impak dipenghujung kuliah
. mempunyai tempoh masa yang tetap
. kandungan yang tersusun (dari soalan senang kepada susah)
. kawalan yang jelas terhadap persepsi pendengar

2- One-way lecture presentation
. menarik perhatian pada permulaan kuliah
. memastikan impak dipenghujung kuliah
. mempunyai tempoh masa yang tidak tetap
. kandungan yang disampaikan disertai dengan contoh-contoh
. mengekalkan perhatian pendengar

3- interactice lecture presentation
. menarik perhatian pada permulaan kuliah
. memastikan impak dipenghujung kuliah
. mempunyai tempoh masa yang tidak tetap
. kandungan yang disampaikan disertai dengan maklumbalas
. mengekalkan rapport pendengar
. memastikan penerimaan maklumat yang maksimum

Kesimpulannya, teknologi dan inovasi sangat penting dalam pendidikan terutama dalam pengajaran guru di abad ke-21 ini. Ini kerana dengan adanya teknologi dan inovasi serta metod pengajaran yang pelbagai, pengajaran akan menjadi lebih mudah dan seterusnya menarik minat pelajar.

Pada kuliah minggu ini, soalan saya ialah:
1- Apakah kaitan antara teknologi dan inovasi dalam pendidikan dengan psikologi dalam pembelajaran?
2- Kenapa 'coaching' penting dalam meningkatkan kesedaran pelajar?

Sehubungan itu, diakhir kuliah, pengajar ada menyentuh sedikit berkaitan sekolah bestari dan konsep sekolah bestari. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan sekolah bestari, pengajar meminta ahli kuliah melayari laman web "http://myschoolnet.ppk.kpm.my". Pengajar meminta ahli kuliah melihat dengan lebih jelas input sekolah bestari, courseware dan faktor kejayaan sekolah bestari. Untuk memudahkan kami melayari laman web ini, pengajar telah membuat "link" didalam yahoogroup. Dengan cara ini ia telah memudahkan kami untuk melayari laman web ini pada masa akan datang.

Ini sahaja buat minggu ini. Terima kasih.

Monday, January 14, 2008

my first blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya belajar cara untuk menyertai kumpulan yahoo Diploma Pendidikan dan cara membuat blog.Saya sangat teruja untuk mencipta blog saya sendiri. Bagi saya kelas ini sangat menarik. Pada awalnya,memang ada masalah.Tetapi dengan bantuan Cik Chin, Cik umi, Dr Saedah dan rakan-rakan sekuliah.Masalah ini dapat diatasi.

Pada awal pagi, kelas saya yang seramai 65 orang dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan akan mengikut pensyarah masing-masing. Saya mengikut Cik Chin ke bilik makmal multimedia di blok A tingkat 3 Fakulti Pendidikan. Di dalam kuliah hari ini, Cik Chin mengajar kami menyertai ( yahoo group). Seterusnya, mengajar kami bagaimana untuk download file, data base dan add record. Seterusnya, Cik Chin mengajar bagaimana untuk sign in blogspot.

Mencipta blog sebenarnya mudah sahaja. Pertama, anda mesti mempunyai email google. Seterusnya, anda taip http://www.blogger.com/www.blogspot.com. Selepas itu, paparan akan keluar (create a blog in 3 easy steps):
1- create an account
2- name your blog
3- choose a template
Dan anda click pada create your blog now. Paparan akan keluar ( create a google account), anda perlu mengisi semua maklumat yang diperlukan untuk mencipta akaun email anda. Dan tekan ( continue ). Selepas itu, pilih setting untuk blog anda dan tekan continue.kemudian,paparan akan keluar posting now. Jika anda ingin menghantar sesuatu kepada rakan-rakan anda. Boleh lah posting dalam blog ini. Setelah menulis di dalam blog anda, anda perlu tekan butang ( post options) supaya segala yang anda tulis dapat dibaca oleh rakan-rakan anda. Sekarang,anda telah mempunyai blog sendiri.Mudah kan?

Jika anda ingin memberi komen atau ingin menambah mana-mana yang saya tertinggal, boleh la menghantar di blog ini.

Terima kasih.